Etiqa Takaful Online Agency

FAIL (the browser should render some flash content, not this).

Etiqa Takaful Ultra Medic Rider


Kami mempunyai pelan untuk meningkatkan kesihatan anda

Masa bergerak dalam kelajuan yang sangat cepat, dan pelaburan yang sebenar adalah kesihatan yang terbaik. Pelan kami membolehkan anda menghabiskan masa yang berharga dengan keluarga, perjalanan dan menemui apa yang sentiasa anda mahu. Walaubagaimanapun, sering kali kesihatan diabaikan ketika cuba untuk bergerak ke hadapan di dalam hidup. Ultra Medic Rider direka untuk memberi tumpuan kepada kesihatan anda. Ini bermakna anda boleh meneruskan gaya hidup yang sihat dan tidak perlu bimbang dengan perlindungan perubatan.

Cabaran yang sering kita hadapi pada hari ini adalah kos perubatan semakin meningkat setiap tahun.  Bil-bil perubatan yang mahal boleh membuatkan anda berfikir dua kali malah, ianya jugak berlaku apabila anda mencari penjagaan kesihatan yang berkualiti ketika memerlukan.

"Di Malaysia, inflasi perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Secara kasarnya, pembedahan apendiks yang mudah menelan belanja sebanyak RM1, 800 tiga tahun lalu, namun ianya sekarang berjumlah RM3, 000 "

"Oleh it, peningkatan kos bil-bil perubatan melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ianya menimbulkan persoalan sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang mampu. "

- The Star, 14 Mac 2009.

Perancangan untuk kesihatan anda

The Ultra Medic Rider memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang anda mahu. Ianya adalah pelan takaful untuk hospital dan pembedahan utama yang menyediakan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga RM1, 500,000 sepanjang hayat anda dan anda boleh membuat pilihan daripada 5 pelan yang berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.

Faedah utama

Dengan Ultra Medic Rider, anda akan menikmati manfaat yang unik seperti berikut:

Medical Second Opinion

Kami memahami bahawa apabila anda sedang mencari rawatan untuk penyakit, pendapat perubatan kedua (medical second opinion) amat membantu untuk melapangkan fikiran anda. Melalui ciri Pendapat Kedua Perubatan, rekod perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana satu institusi perubatan terkemuka di dunia yang pakar dalam diagnosis anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat nasihat dari pakar-pakar perubatan yang terkemuka di dunia untuk membandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.

Selepas penyerahan fail perubatan anda ke pusat perubatan pilihan anda, anda dan doktor tempatan anda akan menerima satu salinan pendapat kedua. Bersama-sama dengan doktor perubatan anda, anda boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk penyakit anda.

Perubatan dan Rawatan Alternatif *

Anda boleh mendapatkan rawatan di hospital selepas rawatan alternatif perubatan, iaitu Chiropractic, Chiropody, Homeopathy, Osteopathy atau Akupunktur daripada pengamal yang berdaftar & berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiada Bonus Tuntutan

Untuk sentiasa menjaga kesihatan anda, kami memberi ganjaran 5% daripada sumbangan rider, dengan syarat tidak ada tuntutan pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (3) dan seterusnya

Tiada Co-Takaful

Apabila anda pulih selepas rawatan anda, tiada lagi kebimbangan perlu anda fikirkan. Di Etiqa, kami membayar rawatan anda secara penuh mengikut pelan yang anda telah sertai, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada pemulihan anda tanpa perlu bimbang mengenai kos rawatan.

Kad Kemasukan tanpa tunai

The Ultra Medic Rider didatangi dengan kad kemasukan yang memberikan anda akses kepada manfaat di dalam pelan. Semuanya dalam satu kad dan ia juga memastikan bahawa setiap daftar masuk dan keluar dari panel hospital kami adalah tanpa tunai dan mudah.


  


Untuk keterangan lebih lanjut, sila muat turun risalah di bawah 


Risalah Etiqa Takaful Ultra Medic Rider